Bot karam: Tiga nelayan ditemukan lemas, dua masih hilang

Bot karam: Tiga nelayan ditemukan lemas, dua masih hilang

MAYAT tiga nelayan yang ditemukan lemas di perairan Pulau Redang dibawa ke Jeti Maritim, Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima nelayan yang dilaporkan hilang setelah bot yang mereka naiki karam di perairan Pulau Redang pada malam Isnin lalu ditemukan lemas pukul 3 petang tadi.

Tiga nelayan tersebut ialah Saludin Ismail, 50;  Mohd. Nazri Abu Bakar, 48, dan Zulkifli Umar, 48.

Sementara itu dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang ialah Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49.

Kesemua mangsa yang ditemukan lemas dan masih hilang itu merupakan nelayan dari Kelantan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli ketika dihubungi berkata, keadaan fizikal semua mayat itu masih dalam keadaan yang sempurna.

“Berdasarkan makluman awal yang kita terima, mayat ketiga-tiga mangsa itu dikatakan tersangkut pada boya unjam kira-kira 15 kilometer dari lokasi bot itu dipercayai karam.

“Kita masih dalam proses membawa balik ketiga-tiga mayat itu untuk proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dijangka tiba di jeti Maritim Pulau Kambing pada 6.30 petang ini,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan lima lelaki termasuk seorang tekong hilang selepas bot yang mereka naiki karam setelah dipukul ombak dalam kejadian ribut pada 10 malam Isnin lalu.

Hanya seorang nelayan iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, yang terselamat dalam kejadian itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dengan  aset Kapal Maritim (KM) Redang, aset udara Bombardier CL415 dan bot Perkasa 1234 untuk mencari dua lelaki tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya