Bom lama jenis mortar dimusnahkan

Bom lama jenis mortar dimusnahkan

PENEMUAN bom jenis mortar berukuran 26 sentimeter di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Paya Pasir di Maran, Pahang. - IHSAN POLIS PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebutir bom jenis mortar berukuran 26 sentimeter yang ditemukan di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Paya Pasir, Maran dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. 

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran menerima laporan penemuan tersebut kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Katanya, bom terbabit ditemukan seorang pekerja syarikat tersebut sekitar pukul 8.30 pagi di kawasan tapak projek berkenaan.

“Majikannya memaklumkan bahawa seorang pekerja di tapak pembinaan laluan berkenaan telah menemukan objek dipercayai bom lama. Unit Persenjataan IPD Maran kemudian memaklumkan berkaitan kejadian kepada UPB IPK Pahang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar khas di IPK Pahang, di sini hari ini.

Ramli berkata, bom jenis Trench Mortar HE dengan ukuran lilit 18 sentimeter itu dimusnahkan secara ‘Insitu’ iaitu dengan kaedah elektrik menggunakan satu butir Detonator Elektrik, empat meter Detonating Cord dan 100 gram Plastik Explosive pukul 4.30 petang semalam.

“Ini bukan kejadian pertama kali dan mungkin akan ada lagi penemuan seumpamanya. Orang ramai diharap berhati-hati apabila menjumpai objek sedemikian dan tidak mengambil tindakan sendiri dengan atau cuba menjadikan ia barang koleksi atau dijual kepada orang lain.

“Masih ada langkah pengawasan perlu diambil terhadap barang berkenaan termasuk melihat tanda sekiranya letupan masih boleh berlaku walaupun keadaan bom sudah lama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya