Bodyshaming, Qasrina Karim kekal prinsip tak baca komen - Utusan Malaysia

Bodyshaming, Qasrina Karim kekal prinsip tak baca komen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon meningkat popular, Qasrina Karim mengakui, pernah berdepan isu bodyshaming apabila segelintir warganet mengecam dahinya yang dianggap besar.

Namun, jelas pelakon berusia 26 tahun itu, dia nekad untuk tidak membaca sebarang komen berbaur negatif di media sosial bagi mengelak dirinya tertekan.

“Setakat ini, belum ada lagi kecaman melibatkan lakonan saya. Tetapi, pernah sekali orang ‘kritik’ penampilan. Mereka bodyshaming dengan mengejek dahi saya yang besar.

“Mula-mula memang sedih, tetapi lama-kelamaan saya berjanji dengan diri sendiri untuk tidak mempedulikan komen sebegitu. Jangan bagi ruang kecaan itu tembus dalam hati,” katanya.

Qasrina ditemui semasa pelancaran drama baharu, Senduk Swap yang juga satu daripada tiga siri drama baharu yang bakal ditayangkan di Astro Ceria.

Dalam pada itu, Qasrina berkata, dia sentiasa mendapatkan nasihat daripada keluarga apabila berdepan dengan masalah, terutama melibatkan kecaman daripada segelintir warganet.

“Bila baca, saya akan tertekan. Kita tidak boleh mengawal netizen, tetapi kita boleh kawal diri dan minda sendiri. Nama pun pejuang papan kekunci.

“Bila ada masalah atau tertekan dengan kecaman, saya selalu meluahkannya dengan ahli keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya