Beli minyak enjin, dapat air - Utusan Malaysia

Beli minyak enjin, dapat air

MAHADZIR Ithnin menunjukkan botol minyak enjin yang dibelinya mengandungi air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam mendakwa tertipu apabila sebotol minyak enjin yang dibeli di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau, di sini awal bulan lalu berisi air.

Walau bagaimanapun, Mahadzir Ithnin, 43, hanya menyedari perkara itu apabila membuka botol minyak enjin berkapasiti satu liter lalu menuang ke dalam tangki minyak yang semakin berkurangan.

Dia pergi semula ke kedai tersebut untuk membuat aduan dengan mengemukakan semua bukti yang ada termasuk resit pembelian produk tersebut.

“Selepas menjelaskan perkara itu dan tunjuk semua bukti yang ada, pengurus itu menghubungi pemilik stesen minyak tersebut. Pemilik berkenaan menyuruh membuat laporan polis dalam masa sama enggan mengganti atau memberi bayaran balik.

“Pengurus premis memberitahu perkara itu bukanlah salah mereka kerana barangan tersebut datangnya daripada pembekal. Bagi saya, itu adalah isu antara mereka dengan pembekal, saya hanya datang untuk membeli minyak itu di kedai mereka.

“Selepas berunding dengan pengurus tersebut, mereka tetap berkeras untuk tidak membayar semula dan bertegas menyuruh saya membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mahadzir telah membuat laporan di Balai Polis Majidee, di sini pada pukul 11.40 pagi pada 11 Julai lalu.

Dia juga telah membuat laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) secara dalam talian menerusi aplikasi EzAdu untuk tindakan pihak berwajib supaya tidak ada lagi pelanggan yang tertipu dan dianiaya.

Dia turut meluahkan kekecewaan dengan membuat hantaran dalam media sosial mengenai pengalaman yang dilaluinya.

“Setakat ini, belum ada apa-apa perkembangan, manakala pihak KPDNHEP menjelaskan perkara itu masih dalam peringkat siasatan.

“Susulan itu, saya juga telah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu dan mohon dibicarakan di Putrajaya. Saya berharap isu ini memberi pengajaran kepada semua pengguna untuk membeli produk seperti ini agar tidak tertipu. Dalam masa sama, kita nak pengusaha stesen lebih peka dengan produk yang dijual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya