Beberapa kawasan di Taiping dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di Taiping dilanda banjir kilat

ANGGOTA bomba memindahkan penduduk yang terjejas banjir kilat di Taiping hari ini. - IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Hujan berterusan selama beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, antara kawasan yang dinaiki banjir kilat ialah Lorong 10, 11 dan 17 Taman Seri Kota Fasa II, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari.

Menurutnya, setakat ini banjir kilat menyebabkan 10 penduduk dipindahkan ke Dewan Air Kuning di sini.

“Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian banjir pada pukul 6.05 petang. Setakat ini 10 penduduk iaitu empat lelaki dan enam kanak-kanak dipindahkan.

“Operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan di kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya