Bayi 3 bulan perlu bantuan mesin oksigen

Bayi 3 bulan perlu bantuan mesin oksigen

NUR Raisya Irdina Mohd. Hakim, bayi berusia tiga bulan yang memerlukan kelengkapan mesin oksigen kerana menghidap masalah saluran pernafasan ketika ditemui di Matang Jelutong di Bagan Serai semalam. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Sepasang suami steri di sini merayu bantuan orang ramai untuk membeli set lengkap mesin oksigen untuk bayi mereka berusia tiga bulan yang menghidap masalah saluran pernafasan.

Bayi itu, Nur Raisya Irdina Mohd. Hakim memerlukan kelengkapan mesin oksigen bagi memudahkannya bernafas selepas disahkan turut mengalami lebihan cecair dalam otak, masalah pada paru-paru dan masalah pada lelangit bahagian dalam mulut yang berbentuk ‘V’, menyebabkan bayi itu sukar menelan air liur.

Bapa bayi itu, Mohd. Hakim Hussain, 28, berkata, anaknya itu juga menggunakan tiub khas untuk menyusu.

Katanya, sejak dilahirkan, anaknya itu ditempatkan di wad jagaan khas Hospital Taiping dengan menggunakan mesin yang dikenali Oxygen Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) dan mesin sedut kahak selama tiga bulan.

“Selepas tempoh itu, doktor suruh bawa balik bayi kami sebab doktor kata sudah tak ada harapan, maksudnya tidak boleh hidup lama, jadi saya bawa anak saya pulang ke rumah sewa kami di Matang Jelutong.

“Saya hanya tawakal dan menyerah sepenuhnya kepada Allah tentang keselamatan anak kami.

“Keupayaan kami terbatas dan tidak mampu untuk menyediakan selengkapnya alat mesin yang diperlukan untuk puteri kecil kami ini.

“Alhamdulillah, sejak bawa balik ke rumah, sehingga kini anak kami masih mampu bernafas walaupun kadang kala pernafasannya tercungap-cungap dan berbunyi,” katanya.

Dia ditemui Utusan Malaysia ketika diziarahi wakil Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak (PKPSNP) Cawangan Kerian di rumah sewanya di Jalan Selama, Matang Jelutong di sini semalam.

Mohd. Hakim yang bekerja sebagai pemadu lori manakala isterinya, Norhidayatun Nadwah Zulkafli, 29, suri rumah, mengakui tidak mampu untuk membeli kelengkapan mesin oksigen yang diperlukan oleh bayi mereka.

Katanya, doktor menjangkakan anaknya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya menggunakan mesin oksigen sepanjang hayatnya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun bank RHB 25814100006201 atas nama Mohd Hakim Hussain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya