‘Baru semalam ayah jenguk kami’

‘Baru semalam ayah jenguk kami’

WAN MOHD. Bazli Wan Husin (kanan) menenangkan Nor Hanis Syahirah Mohd. Azuan(duduk) di Hoshas, Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang anak tidak menyangka bapanya yang bekerja sebagai pemandu trak tunda Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) adalah seorang daripada empat mangsa yang maut dalam nahas melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 135.7 LPT, semalam.

Mangsa, Mohd. Azuan Zainal Abidin, 53, ditugaskan ke lokasi kejadian untuk menunda sebuah kereta Proton Exora yang berhenti di laluan kecemasan kerana mengalami kerosakan sebelum terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Nor Hanis Syahirah, 17, Mohd. Azuan yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas ibu saudaranya ke asrama sekolah untuk membawanya ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

“Saya memang terkejut sebab baru petang semalam ayah datang jenguk saya dan kakak di asrama. Kami berbual masa biasa, tiada yang pelik,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hoshas, semalam

Nor Hanis Syahirah memberitahu, bapanya menjenguk dia dan kakaknya, Nor Alea Syafiqah, 18, di asrama sekolah itu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Sementara itu, Ketua Operasi dan Penyelenggaraan LPT Kuantan, Wan Mohd. Bazli Wan Husin berkata, Allahyarham Mohd. Azuan yang telah berkhidmat selama 15 tahun dengan LPT ditugaskan menunda kereta Proton Exora yang rosak di laluan kecemasan awal pagi tadi (semalam) kerana dia sedang bertugas bermula pukul 8.30 malam sehingga 8.30 pagi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.26 pagi itu, mangsa yang maut ialah Mohd. Azuan, penumpang kenderaan jenis Proton Exora, Kamariah Hamzah,72; dan Mohamad Shamsuddin,75, serta seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dikenali sebagai Danis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Azhar Mohd. Yusof berkata, kenderaan jenis MPV yang dinaiki tiga mangsa terlibat terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 12 meter.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila dua buah kenderaan bersama sebuah trak berhenti di lorong kecemasan akibat salah sebuah kenderaan mengalami kerosakan.

“Semasa menaikkan kenderaan oleh trak tunda, datang sebuah lori kontena melanggar ketiga-tiga buah kenderaan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya