Bank Islam terbit Sukuk Wakalah RM500 juta - Utusan Malaysia

Bank Islam terbit Sukuk Wakalah RM500 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah Modal Aras 1 Tambahan (Sukuk Wakalah) sulung bernilai RM500.0 juta di bawah Program Sukuk Wakalah baharu yang bernilai RM5.0 bilion.

Sukuk Wakalah tersebut mempunyai tempoh kekal tidak boleh dipanggil selama lima tahun.

RAM Rating Services Bhd telah memberikan penarafan jangka panjang A3 terhadap Program Sukuk Wakalah berkenaan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, program Sukuk Wakalah itu adalah terbitan Sukuk pertama kami untuk tahun ini.

“Hasil daripada Sukuk tersebut akan dimanfaatkan untuk membiayai keperluan modal kerja perbankan umum Bank Islam. 

“Selain itu, hasil Sukuk juga boleh digunakan untuk tujuan korporat umum yang lain,” katanya dalam kenyataan. 

Sukuk Wakalah tersebut layak sebagai modal kawal selia Aras 1 Bank Islam, selaras dengan Rangka Kerja Kecukupan Modal (Komponen Modal) bagi Institusi Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank Islam adalah Penasihat Utama, Pengatur Utama, Ketua Pengurus dan Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Wakalah tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya