Aswara perlu jadi universiti elit beri karakter anak bangsa

Aswara perlu jadi universiti elit beri karakter anak bangsa

RAIS Yatim semasa menyampaikan syarahan berjudul Wawasan Pembangunan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia pada program Syarahan Kursi P. Ramlee di Aswara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan mewujudkan ‘Kursi Budi’ bertujuan melahirkan mahasiswa yang memiliki nilai budi dan budaya tinggi.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, sudah tiba masanya Aswara memasukkan subjek-subjek berkaitan dengan nilai-nilai budi dan budaya tinggi di samping kemahiran industri kreatif.

Beliau berkata, perkara ini perlu supaya Aswara menjadi universiti elit dan ulung dalam memberi karakter kepada anak bangsa.

“Selain melahirkan graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan, Aswara juga mampu melahirkan generasi muda yang mempunyai nilai bangsa dari suduk karakter sahsiah masa depan.

“Di sini (Aswara) kita perlu tanam, cinta kepada Rukun Negara, cinta kepada budi dan cinta kepada sistem yang berbudaya tinggi,” katanya semasa menyampaikan syarahan berjudul Wawasan Pembangunan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia pada program Syarahan Kursi P. Ramlee di Aswara, dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Rais berkata, generasi masa ini perlu bersedia berdepan pelbagai cabaran yang lebih getir.

“Antaranya penyalahgunaan teknologi gajet, budaya rasuah, isu penipuan dalam talian (scammers) dan keruntuhan moral remaja.

“Kita tidak boleh lari daripada perkembangan teknologi, tetapi kita boleh mengubah sikap kita terhadap kemajuan teknologi dengan menerapkan pendidikan yang sempurna dalam sistem pendidikan negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya