Kerjasama dengan UMNO hanya alasan Pas untuk terus 'relevan' - Utusan Malaysia

Kerjasama dengan UMNO hanya alasan Pas untuk terus ‘relevan’

Isham Abdul Jalil ketika berucap pada majlis Ceramah Khas Menyantuni Pimpinan Masyarakat Parlimen Johor Bahru di Dewan Jubli Perak Bandar Baru Uda, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas didakwa semakin terdesak untuk terus mengadakan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) atas alasan penyatuan ummah agar ia terus relevan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, alasan parti itu hanyalah untuk ‘menumpang tuah’ BN setelah mereka merasakan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ada harapan lagi.

Menurutnya, perkara itu tidak perlu dibangkitkan lagi selepas Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti kekal dengan keputusan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi PRU15 nanti.

“Jadi tidak ada yang perlu dibincangkan lagi. Itu adalah keputusan muktamad parti,” katanya selepas Majlis Ceramah Khas Menyantuni Pimpinan Masyarakat Parlimen Johor Bahru di Dewan Jubli Perak Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dilaporkan berkata, UMNO tidak sepatutnya menghalang negeri atau bahagian yang mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRU15.

Mengulas lanjut, Isham berkata, sekiranya Pas benar-benar ikhlas mahu bekerjasama dengan BN, perbincangan seelok-eloknya dilakukan selepas PRU15.

Dalam pada itu katanya, desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar PRU15 diadakan segera ada asasnya.

Menurut beliau, selagi PRU15 belum diadakan, bermacam-macam penipuan dan fitnah akan dilakukan pihak pembangkang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya