Aktiviti tuba ikan dikesan di Sungai Perak

Aktiviti tuba ikan dikesan di Sungai Perak

MEOR Redwan Mahayuddin melepaskan benih udang galah dan ikan lampam ke Sungai Perak di Kampung Sungai Dulang di Teluk Intan baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pejabat Daerah Perikanan Hilir Perak mengesan aktiviti menuba ikan dilakukan di Sungai Perak yang menjejaskan pendapatan nelayan darat di sini.

Ketua Daerah Perikanan Hilir Perak, Sani Palil berkata, aktiviti menuba ikan yang dikesan di sini termasuk menggunakan peledak bom, racun dan kejutan elektrik.

“Kami mendapat maklumat daripada penduduk dan nelayan di daerah ini memang terdapat aktiviti menuba ikan di Sungai Perak di sini termasuk menggunakan kaedah peledak bom yang akan menyebabkan ikan timbul di permukaan sungai 

“Namun kita hanya mendapat maklumat mengenainya selepas kejadian, jadi sukar untuk kita mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Begitupun pihak jabatan sentiasa membuat pemantauan, risikan dan serbuan namun mereka tahu pergerakan kita.

“Kegiatan ini tidaklah kerap dijalankan tetapi memang ada berlaku, jadi jabatan berharap penduduk bekerjasama menjadi sumber sungai kita dengan cara menyampaikan maklumat yang boleh membantu kita untuk cegah aktiviti terlarang ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui dalam program pelepasan udang galah dan benih ikan ke Sungai Perak yang rasmikan oleh Orang Besar Jajahan Daerah Hilir Perak,  Datuk Meor Redwan Mahayuddin di Kampung Sungai Dulang di sini baru-baru ini.

Mengenai aktiviti penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Perak termasuk yang diusahakan keturunan Kemboja seperti yang berlaku di Parit di Perak Tengah, Sani berkata,  pihak yang lebih berkuasa terhadap kegiatan tersebut ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) daerah yang mengeluarkan  lesen pendudukan sementara (TOL).

Katanya, jabatan hanya meluluskan lesen penternakan ikan dalam sangkar setelah pengusaha memperoleh TOL.

Menurutnya, bagi isu penternak ikan sangkar di Parit yang dikatakan melanggar peraturan antaranya kerana menjadikan perut ayam sebagai makanan ikan, jabatan sukar untuk bertindak.

“Bagi aktiviti ternakan melibatkan sangkar, kita tak ada kuasa. Walaupun draf kaedah perikanan sungai telah dibuat tetapi ia belum diluluskan.

“Namun di peringkat jabatan, kita sudah gazetkan pegawai-pegawai untuk diberi kuasa oleh kerajaan negeri cuma setakat ini peraturan atau kaedah perikanan sungau masih belum diluluskan kalau dah lulus nanti pihak jabatan boleh mengambil tindakan,” katanya.

Sementara itu, pada program tersebut,  sebanyak 60,000 benih udang galah dan 6,000 benih lampam dilepaskan ke Sungai Perak.

Sani berkata, diharapkan daripada 60,000 benih udang yang dilepaskan, 20 peratus daripadanya boleh hidup.

“Bermakna 15,000 ekor udang galah boleh hidup dan dalam masa enam hingga lapan bulan sudah boleh ditangkap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya