Aktiviti sedut pasir punca pendapatan nelayan terjejas

Aktiviti sedut pasir punca pendapatan nelayan terjejas

Sekumpulan nelayan mengadakan piket aman di hadapan kapal korek yang didakwa menjalankan aktiviti menyedut pasir di perairan Pulau Bidan di Yan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Lebih 1,000 nelayan di daerah ini bimbang punca pendapatan mereka terjejas disebabkan air laut tercemar gara-gara aktiviti menyedut pasir di perairan empat pulau sejak beberapa hari lalu.

Turut dijangkakan terkesan ialah 25 pengusaha pelancongan yang menjadikan Pulau Bidan, Pulau Songsong, Pulau Telor dan Pulau Bunting kerana mereka tidak lagi dapat membawa pelancong melihat keindahan pulau di situ ekoran banyak struktur empat pulau berkenaan dikesan telah rosak.

Nelayan di jeti Sungai Udang, Amir Jaafar,44, berkata, kegiatan menyedut pasir melibatkan sebuah kapal korek dan beberapa buah tongkang itu dikesan pada Sabtu lalu.

“ Ramai nelayan yang menjadikan perairan empat pulau itu untuk mendapatkan hasil laut melihat kapal korek ini menyedut pasir untuk dihantar ke Pulau Pinang.

“ Aktiviti ini telah menyebabkan air laut tercemar,” katanya.

Nelayan, Jamil Ali, 55, ber­kata,aktiviti menyedut pasir itu turut menyebabkan kawasan pantai yang dipenuhi pasir di empat pulau itu kini berganti selut.

“ Ini secara langsung menjejaskan habitat dan kehidupan marin di kawasan ini selain turut akan memberi kesan kepada kualiti ikan,udang,ketam dan hasil laut lain.

“Malah jika dibiarkan aktiviti menyedut pasir ini berlarutan tidak mustahil kami akan kehilangan punca pendapatan kerana terpaksa mengeluarkan modal tambahan membeli petrol untuk menangkap ikan di kawasan lain,” katanya.

Nelayan,Mohd Shukri Said,49, berkata, mereka tidak tahu status sebenar aktiviti itu samada ia sah atau tidak.

“ Jika ia sah kenapa dibiar dilakukan berdekatan empat buah pulau berkenaan yang sebelum diwartakan sebagai Pulau Pelancongan di daerah ini,” katanya.

Pengusaha pelancongan, Yani Yunus,47, berkata, mereka bakal mengalami kerugian kerana kawasan perairan dan struktur empat pulau di situ dikesan semakin rosak selepas aktiviti menyedut pasir dilakukan.

“ Kalau dulu kawasan pantai keempat-empat pulau itu dipenuhi pasir tetapi sejak beberapa hari lalu kawasan tersebut menjadi pendek jaraknya dan berselut.

Pegawai Daerah Yan,Mohamad Subhi Abdullah yang dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTGP) untuk mengetahui status sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya