Ajak, Shahrol berpatah arang? - Utusan Malaysia

Ajak, Shahrol berpatah arang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APABILA Ajak kumpulan Shiro membuka cerita yang sudah lama disimpan mengenai kerenah sahabatnya, Shahrol, ramai yang terkejut dan tidak menyangka kedua-dua mereka rupa-rupanya sudah lama tidak berhubungan antara satu sama lain.

Ramai yang sangka, kalau pun sudah lama tidak bertemu,mungkin disebabkan masingmasing sedang sibuk dengan urusan kerjaya. Tambahan pula, Shahrol sudah menunjukkan kecenderungan ke arah bidang politik.

Namun, sama seperti netizen, Cik Bunga pun terkejut bila dapat tahu Ajak dan Shahrol sudah lama tak bersemuka. Malah, lebih ‘wow’ bila Ajak mendedahkan dia telah beberapa kali dikhianati oleh Shahrol.

Isu terbongkar apabila Shahrol dikatakan sibuk nak komen pasal perpindahan Fizi Ali dari stesen radio Suria FM ke Hot FM. Iyalah, dulu dia pernah jadi penyampai radio di situ. Kononnya, dia seakan-akan cuba menyamakan apa yang berlaku terhadap Fizi dengan nasibnya yang sebelum ini diberhentikan.

Tapi rasa Cik Bunga, ada betul juga kata Ajak. Situasi tidak sama antara kedua-dua mereka kerana Fizi berpindah dengan cara baik. Pihak Suria FM juga tidak memberhentikan Fizi, sebagai mana yang berlaku pada Shahrol suatu ketika dahulu.

Jadi, apabila Shahrol cuba mengaitkan keadaan itu dengan dirinya, sumpah tidak sama! Ramai yang bersetuju dengan Ajak. Tak cuma itu, ramai juga terkejut apabila Ajak mendakwa, dia juga pernah menjadi ‘mangsa’ sahabatnya itu melibatkan tawaran kerja di stesen radio. Aduhai, kalau betullah, tergamaknya Shahrol…

Bagi Cik Bunga, sayang sekali apabila melihat dua sahabat ini ‘bermusuhan’ seperti ini. Walhal, semua tahu, kedua-duanya merupakan duo lawak yang sangat ‘ngam’ apabila bergandingan bahu di pentas.

Satu yang Cik Bunga puji tentang Ajak. Memang betul, dia selama ini, tidak pernah bersuaraatau memberikan pendapat dan mengutuk artis atau selebriti lain di mana-mana platform.

Cuma, kali ini Ajak terpaksa bersuara terutama apabila dia berasakan sahabatnya itu sudah melampaui batas. Dia terpaksa menegur dengan terbuka kerana mungkin juga teguran secara peribadi sudah tidak jalan.

Nah, sekarang, macam mana ni Shahrol? Pekung sudah terbongkar, hati sahabat sudah lama tercalar, tak akan nak biar api terus membakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya