Adabi rai lebih 1,000 Orang Asli di Serendah

Adabi rai lebih 1,000 Orang Asli di Serendah

SYED Mahdzir Syed Manshor (tiga dari kanan) bersama petugas membantu kerja membungkus makanan untuk diedarkan kepada peserta dan Orang Asli dalam program CSR dekat Kampung Orang Asli Serendah di Rawang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Lebih 1,000 pendu­duk Kampung Orang Asli Serendah di sini diraikan oleh Syarikat Adabi Consumers Industry Sdn. Bhd. (Adabi) dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Antara aktiviti dilakukan yang turut melibatkan 30 ka­ki­tangannya dan 120 rakan kor­porat termasuklah bergotong-royong membersih dan mem­baiki pelbagai kemudahan di kampung tersebut meliputi surau dan klinik komunitinya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Syed Mahadzir Syed Manshor, Adabi turut menyediakan kira-kira 1,000 pek makanan yang dimasak secara rewang oleh peserta dan kakitangan menggunakan bahan-bahan keluaran syarikatnya.

“Kita mengadakan gotong-royong di sini setelah pihak kami meninjau dan mendapati banyak kemudahan-kemudahan yang ada di sini memerlukan pembaikan.

“Kita bersama rakan korporat membersih dan memperbaiki bahagian bangunan Surau Al-Ikhlas, klinik komuniti dan perpustakaan yang rosak seperti bumbung,” katanya ditemui ketika menghadiri program tersebut semalam.

Tambahnya, selain di Kampung Orang Asli Serendah, program CSR Adabi kembali dite­ruskan di tempat lain seperti mana biasa dilaksanakan sebelum pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Syed Mahadzir turut memaklumkan Adabi kini memasarkan dua pro­duk baharu iaitu perencah sambal tumis ikan bilis dan pe­rencah sambal tumis makanan laut.yang sudah berada di pasaran sejak bulan Mac lalu.

“Seperti yang telah dirancang pada tahun 2022-2023 Adabi akan terus mengeluarkan produk terbaru yang lebih berkualiti dan terus menjadi pilihan semua isi rumah di Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya