52 termasuk remaja perempuan positif dadah ditahan berhibur

52 termasuk remaja perempuan positif dadah ditahan berhibur

SEBAHAGIAN daripada pengunjung pusat hiburan yang ditahan dalam serbuan di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 52 individu termasuk remaja perempuan berusia 17 tahun positif dadah ditahan polis ketika asyik berhibur di empat pusat hiburan di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan bermula 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi ini, polis menjalankan pemeriksaan ke atas 283 pengunjung terdiri daripada 189 lelaki dan 71 wanita tempatan.

Katanya, semua pengunjung pusat hiburan dibawa ke Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi menjalani ujian saringan air kencing. 

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati seramai 52 orang berusia antara 17 tahun hingga 60 tahun didapati positif dadah. Kesemua mereka yang positif dadah ini dalam proses permohonan reman bagi membantu siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu memasukkan dadah ke dalam tubuh badan yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000, jika sabit kesalahan.

Raub memberitahu, dalam serbuan yang sama, polis turut menahan 12 lelaki dan 10 wanita warga asing bagi tujuan pengesahan dokumen.

Turut ditahan tiga lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis mengikut Seksyen 6 (2) dan 11(2) di bawah Enakmen Negeri Johor kerana menjalankan perniagaan melebih masa yang ditetapkan serta menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya