500 jemaah sertai Malam Cinta Rasul di UPM

500 jemaah sertai Malam Cinta Rasul di UPM

BARISAN tokoh agama semasa menghadiri majlis Malam Cinta Rasul yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia di UPM, Serdang, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 500 orang hadir di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia (UPM) Sabtu lalu bagi menyertai Malam Cinta Rasul (MCR) dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia dengan Kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Program tersebut juga menampilkan kehadiran beberapa tokoh agama dan ulama terkenal, antaranya Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Ustaz Abu Zaki, Ustaz Najmuddin Osman, Ustaz Wan Helmi Al Hafif serta beberapa tokoh lain.

Pengerusinya, Muhammad Fazil Mohd Dali berkata, beliau tidak menyangka sambutan diterima amat mengalakkan kerana faktor cuaca yang tidak menentu.

“Hujan lebat tidak menghalang orang ramai dari pelbagai peringkat umur dan jantina untuk hadir semata-mata ingin bersama untuk memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Dewan Banquet yang boleh memuatkan 3,000 orang telah dipenuhi semasa Solat Maghrib berjemaah manakala pihak penganjur juga menyediakan khemah besar di luar kawasan dewan bagi menampung 2000 orang lagi pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.

MCR yang diadakan pada kali ini merupakan kesinambungan daripada program sama yang pertama kali diadakan pada tahun 2020 di lokasi sama.

Muhammad Fazil yang juga dikenali sebagai Cik Ton berkata, beliau berhasrat untuk menganjurkan program sama pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar untuk memastikan lebih ramai lagi dapat turut serta.

“Saya berharap untuk menganjurkan program seterusnya di lokasi yang lebih besar bagi memuatkan lebih ramai pengunjung,” katanya.

Majlis tersebut mula dipenuhi orang ramai seawal enam petang walaupun keadaan cuaca tidak berapa mengizinkan, acara yang bermula selepas solat maghrib itu dimulakan oleh Abu Zaki menerusi Qalam pembukaan.

Kemudian diteruskan oleh Najmuddin Othman menerusi tausiyah yang bertajuk ‘kisah dan peristiwa keajaiban yang berlaku di saat kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Ia diteruskan lagi menerusi tausiyah yang disampaikan oleh Wan Helmi dengan tajuknya ‘Rasulullah penyelamat umat’ dan diakhiri oleh tausiyah penutup, disampaikan oleh Tuan Guru Habib Ali

Zainal Abidin Al Hamid dengan tajuknya ‘Mengapa kita perlu mencintai Rasulullah.

Turut hadir, Pengerusi MTIB, Datuk Hishamuddin Abdul Karim dan Ketua Pengarah MITB, Kamaruzaman Othman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya