286 motosikal 'masuk perangkap' JPJ dalam Op Lejang

286 motosikal ‘masuk perangkap’ JPJ dalam Op Lejang

OP Lejang oleh JPJ Pulau Pinang menyasarkan motosikal yang diubah suai serta beberapa kesalahan lain termasuk tiada lesen memandu dan lesen LKM yang tamat tempoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 286 daripada keseluruhan 722 buah motosikal yang diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam Op Lejang, baru-baru ini dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

JPJ Pulau Pinang memaklumkan, operasi itu dijalankan di dua lokasi iaitu berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Jalan Persiaran Bayan Indah dengan menyasarkan motosikal yang diubah suai untuk tujuan menguji kelajuan, berlumba dan lain-lain.

Katanya, sepanjang operasi itu, beberapa kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal dikesan termasuk brek belakang yang ditanggalkan, pengubahsuaian swing arm, ekzos serta penukaran tayar kepada saiz yang terlalu kecil.

“Kesalahan lain adalah penggunaan nombor pendaftaran fancy (tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan) dan ekstrem serta tidak menggunakan cermin sisi ketika menunggang motosikal.

“Turut dikesan adalah kesalahan yang melibatkan pemandu bawah umur, tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, katanya, pemilik dan penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang selain tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perlumbaan haram serta menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya hingga mengundang risiko kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya