211 majikan ditahan menggaji PATI

211 majikan ditahan menggaji PATI

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 211 majikan ditahan kerana melindungi dan manggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga 29 Ogos lalu.

Kesemua majikan itu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia menerusi 5,416 operasi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, daripada 211 majikan yang ditahan, majoriti adalah warga tempatan iaitu 203 orang diikuti tiga warga Pakistan, Filipina (1), Vietnam (1), Korea (1) dan selebihnya adalah lain-lain negara.

Katanya, selain itu, sebanyak 389 majikan ditahan manakala tahun lalu membabitkan 206 majikan pada 2020.

“Mereka yang melindungi atau menggajikan warga asing boleh dikenakan denda mencecah RM50,000 mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama.

“Selain denda, pesalah turut boleh dikenakan hukuman penjara atau enam kali sebatan jika terlibat dengan kegiatan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, menurut Khairul Dzaimee, sepanjang tempoh pelaksanaan operasi tahun ini, JIM menahan 13,524 warga asing.

Jelas beliau, mengikut pecahan, tangkapan tertinggi membabitkan warga Indonesia iaitu 6,048 orang diikuti dengan warga Myanmar iaitu 2,093 orang.

“Turut ditahan, warga Bangladesh (1,732), Thailand (969), Filipina (718), India (555), Pakistan (366), Kemboja (253), Nepal (246), Vietnam (235) dan selebihnya adalah lain-lain negara,”katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak yang bersubahat melindungi warga asing akan dikenakan tindakan tegas.

“Hukuman berat menanti mana-mana individu, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan majikan yang didapati melindungi golongan itu dan mengambil mereka bekerja tanpa dokumen dan pas yang sah.

“Tangkapan dan pendakwaan terhadap majikan ini membuktikan bahawa kita (imigresen) tidak berkompromi dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ke atas mereka yang menyalahi akta dan peraturan Imigresen,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya