2 perwakilan PN cadang guna logo Pas di Kedah dan Terengganu 

2 perwakilan PN cadang guna logo Pas di Kedah dan Terengganu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Dua perwakilan Konvensyen Perikatan Nasional (PN) mencadangkan lambang Pas digunakan di Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu dibangkitkan Perwakilan PN Terengganu, Ariffin Deraman dan Perwakilan Kedah, Afnan Taib Azamudin di dalam Konvensyen PN di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) hari ini.

Ariffin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN Terengganu berkata, cadangan itu tidak bermakna tidak menerima lambang PN sebaliknya perlu mengambil kira perbezaan suasana politik antara nasional dan Pantai Timur.

“Kami memohon Kelantan, Kedah dan Terengganu dibuat satu kajian sebenarnya penerimaan masyarakat lambang manakah yang diterima mereka.

“Kita boleh menerima keputusan kajian ini dengan jika melihat lambang PN boleh menang besar,” katanya.

Pandangan sama juga dikongsi Afnan yang mewakili PN Kedah dan mencadangkan parti komponen lain boleh menggunakan logo Pas dalam PRU15.

Sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas membuat keputusan untuk menggunakan lambang PN dalam PRU15.

Pendirian itu dijelaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu dan turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Media baru-baru ini melaporkan Pas membayangkan akan menggunakan logo sendiri pada PRU15 dan bergantung pada kawasan.

Difahamkan, Pas dijangka menggunakan logo parti itu di beberapa negeri meliputi Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala logo PN pula di negeri lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya