PUTRAJAYA: Sebanyak 137,813 daripada 336,630 calon yang menerima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, ditawarkan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) bagi sesi kemasukan sesi akademik 2022/2023. Mereka merupakan sebahagian daripada 237,161 calon lepasan SPM yang memohon untuk mengikuti pengajian peringkat asasi, diploma dan sijil. Seramai 100,891 calon yang layak terima sijil peperiksaan itu pula dikenalpasti memilih laluan pendidikan lain sama ada menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi Swasta (IPTS) atau terus memasuki bidang pekerjaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya