1,119 PATI masuk ikut Sungai Golok diberkas - Utusan Malaysia

1,119 PATI masuk ikut Sungai Golok diberkas

MUHAMAD Zaki Harun (kanan) bersalam dengan salah seorang pegawai Kawal Selia Padi dan Beras Kelantan yang hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan Kelantan di Markas Taktikal PGA Lubok Stol Rantau Panjang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seramai 1,119 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki negara ini melalui pangkalan haram di kawasan Sungai Golok di sini dicekup sejak Januari lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tangkapan itu, PATI dari Myanmar merekodkan jumlah tertinggi diikuti Thailand, Vietnam, India dan Bangladesh.

Menurutnya, penangkapan PATI itu juga membawa kepada penahanan seramai 111 tekong darat dipercayai menjadi transporter kepada sindiket penyeludupan migran yang melibatkan sebanyak 63 kes di Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh, Gua Musang dan Kuala Krai.

“Kes penyeludupan migran ketika ini dilihat amat ketara. Sehubungan itu, polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), tentera dan agensi lain sentiasa merancang strategi baharu untuk membanteras aktiviti penyeludupan PATI.

“Setakat ini, modus operandi yang digunakan penyeludup sentiasa dapat dikesan anggota bertugas sekali gus membuktikan keberkesanan kawalan anggota terutama melalui Op Wawasan yang dijalankan di kawasan sempadan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Op Wawasan Kelantan di Markas Taktikal Lubok Stol, Rantau Panjang di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, sebanyak RM84 juta rampasan berkait dengan jenayah rentas sempadan berjaya dilakukan oleh anggota Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) sepanjang tahun ini.

Katanya, rampasan itu dilakukan oleh Batalion 7 PGA Kuantan, Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa dan Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menerusi Op Wawasan Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya