Zazuli Johan Ketua Pengarah Kastam  baharu

Zazuli Johan Ketua Pengarah Kastam  baharu

MOHD. Zuki Ali menyerahkan surat pelantikan kepada Zazuli Johan yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Zazuli Johan diumumkan sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang baharu berkuat kuasa 8 Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 24 Mac lepas.

“Datuk Zazuli Johan, 59, berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia. 

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1985 dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penguasa Kastam di Cawangan Pelabuhan Utara Selangor.

“Berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kawalan import eksport, pengurusan pematuhan, GST, perkastaman dan percukaian serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata, beliau percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Zazuli membolehkan beliau meneruskan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Latif di atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya