Writ saman dibenar serah kepada adik beradik Jho Low - Utusan Malaysia

Writ saman dibenar serah kepada adik beradik Jho Low

jho low
JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyerahkan writ saman AS$3.7837 bilion kepada kakak dan adik lelaki ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang kini berada di luar negara.

Peguam K. Siva Kumar yang mewakili 1MDB berkata, kakak Jho Low iaitu May Lin kini berada di Singapura manakala adik lelakinya, Taek Szen, berada di Hong Kong berdasarkan alamat terakhir mereka.

“Mahkamah memberi kebenaran kepada 1MDB untuk membuat penyerahan writ saman kepada kedua-duanya di luar Malaysia,” katanya kepada pihak media selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz secara dalam talian hari ini.

Menurut peguam itu, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 23 Ogos ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Haslinda A. Raof secara dalam talian.

Pada 29 Disember 2021, Jho Low, bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng dan ibunya, Puan Sri Goh Gaik Ewe selaku defendan telah memasukkan kehadiran dalam kes saman itu.

Bagaimanapun, writ saman berkenaan masih belum dapat diserahkan kepada seorang lagi defendan iaitu rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap keenam-enam defendan itu.

Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Eric Tan serta AS$325 juta daripada Jho Low dan ayahnya.

1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Eric Tan serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Eric Tan.

Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Eric Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Eric Tan, Hock Peng dan Taek Szen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya