Unimap-Xenergi meterai MoU pembangunan bahan api bio berasaskan alga

Unimap-Xenergi meterai MoU pembangunan bahan api bio berasaskan alga

ZALIMAN Sauli (tiga dari kanan) memegang salinan MoU bersama Mohd. Fadzil (empat dari kanan) di kampus Unimap Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat XENERGI Sdn.Bhd. (Xenergi) sebagai perintis projek bahan api bio berasaskan alga dalam satu majlis, di sini hari ini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, Unimap mengadakan perjanjian kerjasama dengan pelbagai pihak industri bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi universiti tersebut.

Katanya, Unimap dalam usaha meningkat dan mengukuhkan kedudukan sebagai salah sebuah universiti berprestasi tinggi yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melengkapkan kecemerlangan pendidikannya.

“Melalui MoU ini membolehkan projek perintis penghasilan bahan api bio (biofuel) berasaskan alga yang terbukti di negara Jepun dan dilaksanakan dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) Unimap bersama pihak Xenergi.

“Malah aktiviti penternakan bagi projek perintis ini akan dilaksanakan bagi meningkatkan kejayaan sehingga ke peringkat pengkomersialan” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada majlis menandatangani MoU tersebut, Unimap diwakili oleh Zaliman manakala Xenergi oleh Pengarah Urusannya, Ir. Mohd Fadzil Ahmad Shah.

Tambah Zaliman, Unimap percaya MoU ini adalah persediaan pengeluaran berskala besar alga bagi menampung permintaan pasaran semasa.

Katanya, Unimap juga bersedia untuk pelbagai lagi bentuk kerjasama yang akan dipersetujui kedua-dua pihak dari semasa ke semasa.

“Saya menyeru lebih banyak industri lain di Malaysia bekerjasama dengan Unimap dan universiti–universiti lain melalui perkongsian teknologi agar dapat menyemarakkan lagi bidang penyelidikan di negara ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya