UMNO: RoS belum beri keputusan 

UMNO: RoS belum beri keputusan 

umno
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO mengesahkan parti itu belum menerima jawapan daripada  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung permohonan pindaan perlembagaan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, adalah menjadi hak jabatan itu untuk mengambil sedikit masa lagi bagi membuat keputusan.

Sukacita ingin dinyatakan segala prosedur telah diikuti dan saya menanti dengan fikiran positif yang kelulusan akan diperoleh,” katanya dalam hantaran di Twitter sebentar tadi.

Semalam, Ahmad positif yang RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO yang dihantar parti itu pada 17 Mei lalu. 

Ahmad berkata, ia adalah berdasarkan empat perkara kukuh yang membuatkan RoS tiada sebab tidak meluluskannya.

AHMAD MASLAN

* Kronologi pindaan Perlembagaan UMNO

6 Ogos 2021: RoS mengesahkan keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan  pada 7 Julai lalu adalah tidak sah.

9, 11 dan 18 Ogos 2021: Setiausaha Agung UMNO menyerahkan dokumen dan pernyataan tambahan kepada RoS.

30 Ogos 2021: RoS mengesahkan Umno tidak melanggar sebarang peraturan atau undang-undang apabila menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sehingga akhir tahun depan.

15 Mei 2022: Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan UMNO supaya pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU). Seramai 2,586 perwakilan bersetuju meluluskan usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

17 Mei 2022: Setiausaha Agung UMNO menghantar surat berhubung pindaan perlembagaan parti kepada RoS.

24 Jun 2022 : Setiausaha Agung UMNO menghantar surat kepada RoS memaklumkan keputusan MT UMNO, enam hari sebelum tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 berakhir.

7 Julai 2022: RoS memaklumkan keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai 2022.

13 Julai 2022: RoS belum mengeluarkan keputusan berhubung permohonan UMNO meminda perlembagaan untuk mengadakan pemilihan parti, enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

15 Julai 2022: Setiausaha Agung UMNO positif RoS akan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya