TVS perkenal rancangan baharu Cuti-Cuti Sarawak Tersayang

TVS perkenal rancangan baharu Cuti-Cuti Sarawak Tersayang Kamek

TVS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: TVS akan menyiarkan rancangan berbentuk majalah terbaharu berjudul ‘Cuti-Cuti Sarawak Tersayang Kamek’ mulai Isnin, 18 Julai 2022.

Rancangan ini akan memaparkan lokasi destinasi tempat pelancongan di sekitar Kuching dan Sarawak.

Apa yang menarik tentang program berbentuk majalah ini adalah penonton akan di bawa ke lokasi yang belum pernah di kunjungi malah juga tempat baru dan uniknya terdapat di bahagian Kuching.

Antara lokasi yang akan di paparkan adalah seperti kawasan Siniawan, Bung Jagoi, Borneo Keranji Farm, Semarang Kayak dan banyak lagi tempat menarik yang pasti buat penonton akan terus ingin melawat tempat-tempat menarik tersebut.

Rancangan ini merangkumi 11 episod dan setiap episod pasti akan menggambarkan suasana yang indah dan hos rancangan akan memperkenalkan apa yang unik terdapat di kawasan tersebut.

Hos juga akan memberi cadangan aktiviti-aktiviti menarik yang membolehkan para pelancong datang untuk mencuba aktivit tersebut bersama teman, rakan atau keluarga.

‘Cuti-Cuti Sarawak Tersayang Kamek’ juga salah satu program pelancongan dengan matlamat untuk memperkenalkan bahawa di sekitar Kuching adanya banyak lagi tempat-tempat menarik untuk destinasi pelancongan buat percutian bulan madu ataupun bersama keluarga.

Saksikan ‘Cuti-Cuti Sarawak Tersayang Kamek’ bermula Isnin, 18 Julai 2022, mula bersiaran pada pukul 6:30 petang hanya di TVS saluran 122 Astro dan myFreeview!

Ikuti perkembangan semasa daripada TVS di semua laman media sosial @tvstvmy dan juga layari laman sesawang kami www.tvstv.my untuk maklumat lebih lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya