Tunggu bubar Parlimen baru bincang isu logo - Majlis Syura Pas

Tunggu bubar Parlimen baru bincang isu logo – Majlis Syura Pas

NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Penggunaan isu logo Pas atau Perikatan Nasional (PN) hanya sesuai dibincangkan selepas Dewan Rakyat dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keperluan berkait dengan perkara itu boleh diselaraskan tidak menjadi isu sehingga merenggangkan kerjasama antara Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi PN.

“Saya tegaskan tidak ada pandangan peribadi dalam hal ini kerana pemilihan logo itu tertakluk kepada perbincangan dan keputusan bersama.

“Setakat ini tidak ada sebarang keputusan dibuat berkait dengan isu penggunaan logo,” katanya selepas merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat di Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu memberitahu, buat masa ini Pas lebih selesa menumpukan kepada kerjasama dalam PN.

Katanya, keputusan berkait dengan logo dibuat mengikut persetujuan semua anggota parti komponen di dalam PN untuk menentukan perkara tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Bersatu dan Pas sudah membuat keputusan sebelum ini untuk menggunakan logo PN pada PRU15.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilaporkan berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN