Tukar simbol bulan, sokongan ahli Pas tidak luntur - Utusan Malaysia

Tukar simbol bulan, sokongan ahli Pas tidak luntur

NIK Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (tiga dari kanan) merasmikan penutup Kesedar Jamboree di Taman Etnobotani di Gua Musang, Kelantan semalam. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sokongan ahli dan penyokong terhadap Pas sama sekali tidak akan ‘luntur’ meskipun simbol bulan yang menjadi tradisi parti itu tidak digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin penyokong dan ahli di peringkat akar umbi memahami situasi serta suasana politik negara ketika ini.

“Kita sebagai ahli Pas tidak kisah dan sudah biasa dengan arahan pucuk pimpinan. Kerjasama politik yang diadakan ini bukan kali pertama dah banyak kali dan semua itu daripada arahan pimpinan.

“Sama ada kita guna logo pas, logo bulan atau sebaliknya saya fikir ahli dan penyokong dan rakyat kelantan sendiri pun dah boleh terima. Kita doakan yang terbaik,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jamboree di Taman Etnobotani di sini semalam.

Sebelum ini, Pas secara dasarnya bersetuju dengan penggunaan logo baharu Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan logo baharu PN akan dibincangkan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya