Tujuh Rumah Baitul Rahmah untuk keluarga Orang Asli

Tujuh Rumah Baitul Rahmah untuk keluarga Orang Asli

AMINUDDIN Harun (enam dari kiri) merasmikan salah satu unit Rumah Baitul Rahmah yang telah siap dibina di Kampung Orang Asli Panchor, Jempol, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sebanyak tujuh unit Rumah Baitul Rahmah hasil inisiatif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah siap dibina di Kampung Orang Asli Panchor dekat sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak lima buah rumah lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Jelas beliau, Rumah Baitul Rahmah merupakan inisiatif yang bertujuan membantu Orang Asli yang memeluk agama Islam untuk memiliki rumah yang sempurna. 

“Rumah Baitul Rahmah berkenaan tidak perlu dibayar oleh para penerima. Pembinaannya merupakan salah satu manifestasi terhadap konsep al-Taáwun dalam menyediakan tempat tinggal bagi golongan yang berkeperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan rumah berkenaan di Kampung Orang Asli Panchor di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ismail Ahmad dan Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd. Zaidi Ramli.

Menurut Aminuddin, kos pembinaan rumah tersebut adalah antara RM70,000 sehingga RM100,000 seunit meliputi kos penyelenggaraan tapak tanah rumah berkenaan yang menggunakan dana kutipan zakat.

Jelasnya, semua rumah itu dibina pada bulan Ogos 2020 dan mula diduduki oleh para penerima pada awal tahun ini.

“Pembinaan rumah Baitul Rahmah ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) khususnya dalam urusan pengesahan hak milik tanah,” ujarnya.

Beliau berharap para penerima akan dapat menjalani kehidupan sebagai seorang atau keluarga Muslim yang baik seterusnya mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya