Tidak wujud perjanjian jawatan TPM - Abdul Hadi

Tidak wujud perjanjian jawatan TPM – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tidak wujud perjanjian berhubung pelantikan Timbalan Perdana Menteri dalam Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara berkaitan dengan pelantikan Timbalan Perdana Menteri itu dibincangkan antara PN dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun tiada keputusan dicapai.

“Kita masih lagi berpegang awal-awal, kita tubuh kerajaan tak ada Timbalan Perdana Menteri.

“Perbincangan ada sebelum ini tapi tak ada keputusan sebab kita masih sibuk dengan urusan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah paginya di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini yang memaklumkan telah mengadakan perjumpaan dengan  Ismail Sabri bagi membincangkan isu lantikan jawatan baharu termasuk Timbalan Perdana Menteri.

MUHYIDDIN YASSIN

Menurut Muhyiddin, perbincangan mereka selaras dengan perjanjian PN dengan Ismail Sabri, ketika parti itu memberikan sokongan kepadanya untuk jadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, Pas berpendirian tidak perlu mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri memandangkan tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  semakin dekat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya