Tidak wujud gerakan rekrut rakyat Sabah sertai Kumpulan Sulu

Tidak wujud gerakan rekrut rakyat Sabah sertai Kumpulan Sulu

Ibu Pejabat Polis Kontinen (IPK) Sabah di Kepayan Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan tidak wujud sebarang gerakan merekrut rakyat Filipina yang berada di negeri ini bagi menyertai Kumpulan Sulu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perkara itu disahkan melalui siasatan dan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah susulan isu tular mengenai dakwaan waris Kesultanan Sulu sedang aktif merekrut rakyat di Lahad Datu bagi menyokong gerakan kumpulan berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kumpulan yang mengeluarkan dokumen diri Sulu Sultaniyah Darul Islam (SSDI) dengan mengenakan bayaran tertentu.

“Kami percaya kumpulan ini merupakan individu perseorangan yang cuba mengambil kesempatan untuk keuntungan peribadi.

“Justeru, PDRM ingin mengingatkan mana-mana pihak atau individu agar tidak menyebarkan sebarang berita atau maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Penyelaras Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Sabah, Jerry Jaimeh membuat laporan polis bagi menggesa pihak keselamatan menyiasat dakwaan terdapat gerakan merekrut rakyat tempatan yang berada di Lahad Datu bagi menyokong Kumpulan Sulu.

Katanya, perbuatan merekrut rakyat tempatan di Lahad Datu untuk menyatakan taat setia kepada Kesultanan Sulu itu perlu disiasat kerana perbuatan itu jelas menunjukkan satu kesalahan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya