LUMUT: Tiada keperluan untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) baharu antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) atau MoU 2.0. Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, ini kerana MoU sedia ada tiada tarikh luput dan hanya akan tamat dengan sendirinya apabila Parlimen dibubarkan. Menurutnya, selagi Parlimen tidak dibubarkan dan tiada mana-mana pihak melanggar perjanjian dalam MoU itu, maka ia akan terus terpakai. Pada masa sama, jelas beliau, pembangkang tidak mendesak kerajaan segera melaksanakan segala reformasi yang dipersetujui dalam MoU itu kerana memahami beberapa kekangan yang harus ditangani…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya