Tetap akan cari - Ras Adiba Radzi terus jejaki Zalina Azman

Tetap akan cari – Ras Adiba Radzi terus jejaki Zalina Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terus menggerakkan usaha pencarian bekas personaliti TV3 Zalina Azman, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi bertekad tidak akan menghentikan misi tersebut.

Katanya, sebagai sahabat, beliau akan terus memikul tanggungjawab berkenaan sehingga rakannya itu ditemui dengan selamat.

“Mestilah…kawan. Saya tetap akan cari dia sampai saya sudah tak berdaya, .

“Dia sahabat saya. Saya tak akan tinggalkan dia dan akan cari sampai dapat. Insya-Allah, tak kisah berapa lama sekalipun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Keberadaan Zalina masih menjadi tanda tanya sejak dia dilaporkan hilang November tahun lepas.

Laporan kehilangannya dikongsikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dalam satu kenyataan yang dikongsikan Isnin lalu.

Dalam masa yang sama, Ras Adiba turut mengesahkan sehingga kini belum ada petunjuk kukuh yang menjelaskan keberadaan Zalina.

“Belum ada petunjuk apa-apa. Semua berdasarkan maklumat yang kami peroleh dari orang awam,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Ras Adiba juga menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan informasi tidak benar tentang kehilangan Zalina dan hanya merujuk kepada maklumat yang diberikan pihak berkuasa.

“Saya bersyukur, ramai yang prihatin dan tampil membantu. Tapi, apa-apa maklumat sekalipun, biarlah datang dari pihak polis. Jangan dengar cerita-cerita tak betul.

“Kita tak boleh buat andaian. Khuatir akan mengganggu siasatan pihak berkuasa.  Cuma, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling bantu membantu, itu sahaja,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya