Tenaga kerja: Malaysia dapat maklum balas Indonesia Khamis ini

Tenaga kerja: Malaysia dapat maklum balas Indonesia Khamis ini

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan mendapatkan maklum balas daripada Indonesia berhubung langkah mengintegrasikan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (SMO) dan Sistem Satu Saluran (OCS) pada Khamis ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perbincangan antara kedua-dua negara pada baru-baru ini secara dasar bersetuju untuk mengintegrasi kedua-dua mekanisme tersebut.

“Hal ini kita menggunakan SMO untuk 14 negara, tetapi untuk hapuskan satu negara memang mustahil. Maka kita ada penyelesaian untuk integrasi kedua-dua sistem.

“Ini cadangan Kuala Lumpur kepada Jakarta, jadi kita akan mendapatkan maklum balas mereka pada Khamis ini,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

M. SARAVANAN

Beliau menjawab soalan dikemukakan Charles Santiago (PH-Klang) berhubung sistem SMO yang menjadi yang menjadi pertikaian sehingga Indonesia membekukan penghantaran tenaga kerjanya ke negara ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Malaysia dan Indonesia secara prinsipnya bersetuju untuk mengintegrasikan SMO dan OCS menerusi pertemuan bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono yang turut disertai pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Manusia.

Isu ditimbul apabila Hermono memaklumkan mengenai keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu daripada memasuki Malaysia sejak 13 Julai lalu.

Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan SMO dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun setelah kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran, iaitu OCS, menerusi memorandum persefahaman yang dicapai April lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya