Tempoh reman suspek tikam ibu kandung disambung - Utusan Malaysia

Tempoh reman suspek tikam ibu kandung disambung

MAHKAMAH membenarkan lanjutan reman terhadap suspek kes tikam mati ibu kandung di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tempoh tahanan reman suspek kes tikam mati ibu kandung di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu di sini dilanjutkan tujuh hari lagi.

Lanjutan sehingga 19 Julai ini dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek yang berusia 38 tahun itu.

Perintah tersebut adalah bagi membantu polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang memakai baju lokap kelihatan tenang ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah, Ayer Keroh di sini pagi tadi.

Dia sebelum ini direman tujuh hari sehingga semalam selepas dipercayai menikam ibunya, Roziah Md. Dom, 63, sehingga mati menggunakan pisau pemotong sayur pada 5 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, mangsa yang merupakan pesara guru ditemukan dengan dua kesan tikaman di kanan dan kiri leher.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat, suspek mendakwa dia terdengar bisikan halus memberitahu warga emas itu menyembah berhala sebelum menyerang mangsa dalam bilik tidur.

Katanya, senjata sepanjang 26 sentimeter (cm) yang dipercayai digunakan suspek ditemukan di bahagian belakang rumah berkenaan.

Semakan lanjut mendapati, suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan dadah dan pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka, dua tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya