Tanam cendawan secara sambilan, raih pulangan lebih RM7,000 sebulan - Utusan Malaysia

Tanam cendawan secara sambilan, raih pulangan lebih RM7,000 sebulan

HASRULIZAD Hasmuti menunjukkan tanaman cendawan yang diusahakan di Felda Tenggaroh 5, Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang mandur ladang di Felda Tenggaroh 5 di sini mendapat pulangan lumayan mengusahakan tanaman cen­dawan secara sambilan di bekas tapak stesen minyak kampung tersebut.

Hasrulizad Hasmuti, 42, berkata, hingga kini dia telah mengusahakan lebih 3,000 bongkah cendawan yang mampu memberi pulangan lebih RM7,000 sebulan.

“Mulanya saya hanya beli 200 bongkah dengan modal RM400. Saya memang minat tanaman cendawan, bila keluar hasil, saya berjaya jual dan dapat pulangan kira-kira RM800.

“Kemudian saya tambah jumlah bongkah dan terus usahakan tanaman cendawan sebagai kerja sambilan. Setiap kali pulang kerja saya akan singgah untuk luangkan masa urus tanaman cendawan.

“Tambahan pula menguruskan tanaman cendawan ini mudah, tidak perlu pakai kasut kebun, tidak perlu membaja juga meracun, apa yang penting hanya perlu jaga suhunya untuk pastikan cendawan berkualiti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, dia turut be­kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir memba­ngunkan tanaman cendawan.

Selain dijual segar, cendawan berkenaan dijadikan produk hiliran makanan orang ramai.

“Kita dapati, apabila menjual cendawan segar, biasanya yang membeli adalah golo­ngan ibu. Bila kita buat produk hiliran seperti cendawan goreng keju, dapat menarik pelanggan daripada golongan muda, sekali gus meluaskan lagi pasaran sedia ada.

“Selain mengusahakan cen­dawan, saya juga memberikan khidmat ceramah bagi kursus penjagaan cendawan yang bergerak di bawah Ikatan Anak Mersing untuk melahirkan lebih ramai usahawan cendawan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya