Syarikat besar diseru kerjasama tingkat potensi automotif negara

Syarikat besar diseru kerjasama tingkat potensi automotif negara

automotif
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (kanan) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, melihat Perodua Alza serba baharu selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat besar diminta bekerjasama dalam meningkatkan pertumbuhan industri automotif negara supaya lebih banyak kejayaan dapat dimanfaatkan untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyedari kepentingan potensi industri automotif terhadap ekonomi negara selepas negara beransur pulih daripada pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, kata beliau, negara kini berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global seperti krisis geopolitik dan perubahan iklim.

“Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi menghadapi cabaran tersebut, namun, usaha ini tidak boleh dilakukan secara sendirian tanpa kerjasama dengan pihak swasta bagi mengukuhkan lagi ekonomi negara.

“Justeru, saya ingin menyeru agar syarikat-syarikat besar negara untuk saling bekerjasama dalam mencapai lebih banyak kejayaan untuk dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia,” kata beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelancaran Perodua Alza serba baharu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Menurut Perdana Menteri, kerjasama seperti itu dapat membantu mencapai matlamat karbon neutral di Malaysia pada tahun 2050, sepertimana yang telah dipersetujui di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau berkata, kerjasama pintar itu juga perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi kesan perubahan iklim yang melanda dunia serta dapat menjamin kelestarian dan pembangunan negara yang mampan.

“Tenaga Nasional Berhad kini sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran elektrik menggunakan sumber tenaga yang bersih serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektronik yang secukupnya.

“Pada masa yang sama, Perodua boleh mengambil peluang ini dengan meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang mampu dimiliki.

“Kedua-dua pihak boleh bekerjasama untuk memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani oleh semua.

“Malah, syarikat telekomunikasi negara seperti Telekom Malaysia juga dapat membuka kerjasama dengan kedua- dua pihak ini untuk menyediakan pakej data yang mampu memudahkan para pengguna membuat tempahan caj kenderaan secara dalam talian,” ujar beliau.

Tambah Ismail Sabri, kerajaan pula sedia berbincang dengan pihak swasta untuk memastikan dasar atau initiatif yang diperkenalkan bersesuaian dengan hala tuju negara.

“Saya juga baru-baru ini meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terletak dalam wilayah High- tech Valley untuk membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan iaitu Center of Advanced Automative Research and Training (CAART),” jelas beliau. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya