Suspek kes khianat hidap bipolar, positif dadah - Utusan Malaysia

Suspek kes khianat hidap bipolar, positif dadah

TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup menyaksikan suspek membakar kaunter bayaran sebuah kedai makan di Bukit Serdang di Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Suspek yang melakukan perbuatan khianat dalam dua kes berasingan di Kuala Rompin, disahkan mempunyai penyakit gangguan bipolar dan positif dadah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, suspek dilaporkan merosakkan kenderaan di Balai Cukai Balak Hutan di Jalan Selendang-Berabong, Kuala Rompin 14 Julai lalu dan membakar kaunter pembayaran sebuah restoran di Bukit Serdang pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, suspek ditahan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa.

“Pemilik kenderaan terbabit telah datang ke Balai Polis Kuala Rompin bagi membuat laporan berhubung kejadian. Kes disiasat mengikut  Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat ke atas harta benda.

“Siasatan awal polis ke atas suspek mendapati suspek mengalami gangguan bipolar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd. Azahari berkata, pemilik restoran yang turut menjadi mangsa tidak membuat laporan berhubung kejadian terbabit, setakat ini.

“Kejadian membakar kaunter di sebuah restoran di Bukit Serdang itu telah tular di Twitter dan video berdurasi dua minit dimuat naik oleh pemegang akaun @NanManjoi8715. Dalam pada itu, suspek turut didapati positif dadah dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya