Suspek himpit anggota polis dengan pacuan empat roda direman - Utusan Malaysia

Suspek himpit anggota polis dengan pacuan empat roda direman

ANGGOTA polis membawa suspek berusia 45 tahun ketika mendapatkan perintah reman di Kompleks Mahkamah Kulim, di sini, hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang lelaki direman enam hari selepas bertindak ganas menghimpit seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sehingga terbabas dan mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di Jalan Kulim-Serdang, semalam.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Jumaat dikeluarkan Hakim Mahkamah Seksyen Kulim, Mirza Mohamad pagi ini.

Suspek berusia 45 tahun yang berasal dari Bedong, Sungai Petani direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, anggota berusia 31 tahun itu baru sahaja selesai menjalani pembedahan di bahagian kepala semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.

Terdahulu dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi semalam, anggota berpangkat Koperal dari Balai Polis Hi-Tech, di sini mengejar suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda selepas dia mengelak untuk pemeriksaan.

Kejadian berlaku ketika anggota terbabit bersama rakan setugas cuba mengejar kenderaan jenis Nissan Frontier dipandu suspek sebelum dia dihimpit sehingga terbabas dan terjatuh.

Suspek berjaya ditangkap di Butterworth, Pulau Pinang sebelum pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati ia telah diubahsuai dengan meletakkan tangki minyak tambahan di bahagian belakang.

Polis percayai suspek terlibat dalam kegiatan penyeludupan minyak diesel selain hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah jenis Tetra Hydro Cannabinol (THC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya