Sultan Perak berangkat ke sambutan Hari Pahlawan - Utusan Malaysia

Sultan Perak berangkat ke sambutan Hari Pahlawan

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa kawalan kehormatan pada Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2022 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco kerajaan negeri; Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid; Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Ajis dan Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd), Brigedier Jeneral Mohd. Azmurin Mat Khalib.

Istiadat bermula dengan perarakan masuk panji unit dan kawalan kehormatan utama dengan iringan pasukan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Asisten Superintenden Mohd. Mahyuddin Mohd. Mokhtar dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan pendeklamasian sajak berjudul ‘Pahlawanku’ yang disampaikan Asisten Superintenden Ahirrudin Mat Saat dari Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am.

Perbarisan Hari Pahlawan melibatkan 780 pegawai dan anggota lain-lain pangkat daripada 11 jabatan dan agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bomba serta Persatuan Veteran ATM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya