Subjek integriti, cegah rasuah di universiti awam dan swasta

[PARLIMEN] Subjek integriti, cegah rasuah di universiti awam dan swasta

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengenalan mata pelajaran integriti dan pencegahan rasuah di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menjadi fokus utama Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kementeriannya sebelum ini sudah melakukan perbincangan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengenalan mata pelajaran itu.

“Saya sendiri akan berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Tan Sri Azam Baki) bagi membincangkan mengenai pengenalan mata pelajaran ini.

“Dalam masa yang sama, kita telah melakukan sesi libat urus di peringkat pilot projek dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu langkah diambil Kementerian Pengajian Tinggi bagi mata pelajaran integriti dan pencegahan rasuah.

Terdahulu, Noraini menjawab pertanyaan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang memintanya menyatakan apakah usaha di kampus bagi memberi mahasiswa pendedahan mengenai isu-isu sivik dan politik selari dengan pengenalan Undi18.

Noraini berkata, kerajaan komited memastikan golongan mahasiswa diberi pendedahan berhubung demokrasi, pilihan raya dan politik negara dengan menganjurkan pelbagai program pemerkasaan literasi politik serta pendidikan pengundi.

“Bagi tujuan pelaksanaan program yang lebih tersusun, kementerian sentiasa aktif bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk menandatangani memorandum persefahaman dengan 20 IPTA bagi memberi pendedahan.

“Bagi memberi pendedahan mengenai isu-isu sivik, penerapan sivik dan kenegaraan juga ditekankan di dalam mata pelajaran umum atau melalui penghayatan etika dan peradaban serta falsafah dan isu semasa yang merupakan mata pelajaran wajib di semua IPTA,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya