SME Bank tambah baik agenda ESG dalam operasi - Utusan Malaysia

SME Bank tambah baik agenda ESG dalam operasi

BEBERAPA kakitangan SME Bank menanam pokok paya bakau bagi menyokong usaha kerajaan menanam 100 juta pokok menjelang 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SME Bank menambah baik agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasi perniagaannya sejak pembentukan Pelan Hala Tuju Kemampanan Tiga Tahun 2021-2023 dan kejayaan menerbitkan Sukuk Kelestarian pertama bernilai RM500 juta juga pada 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Dr. Aria Putera Ismail berkata, pelan hala tuju itu menggariskan objektif jangka pendek dan matlamat jangka panjang SME Bank serta komitmen untuk menyelitkan DNA ESG ke dalam operasi perniagaannya.

Ujarnya, ia dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Permulaan ESG dan Memperkemas Fokus Perniagaan, Pelaksanaan ESG dan Memperkemas Fokus Bukan Perniagaan serta Adaptasi ESG dan Peningkatan Berterusan menuju Kemampanan.

“Memasuki tahun kedua pelaksanaan pelan hala tuju ini, tumpuan dialihkan untuk menginstitusikan budaya ESG di seluruh Bank dan mewujudkan kesedaran ESG secara maksimum dengan pelanggan dan menetapkan Rangka Kerja Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang komprehensif dan tersendiri.

“Pembangunan Rangka Kerja SDG ini melibatkan beberapa perkara penting seperti penilaian materialiti antara pihak berkepentingan SME Bank, mengenal pasti jurang dan menyelaraskan strategi SME Bank dengan matlamat ESG,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Kemampanan dan Strategi SME Bank, Zakiah Mat Esa berkata, secara keseluruhannya, perjalanan kemampanan SME Bank adalah berdasarkan tiga tonggak utama iaitu Perbankan Bertanggungjawab, Amalan Perniagaan Bertanggungjawab dan Mencipta Impak Sosial.

Selain itu, katanya, agenda kemampanan SME Bank juga selaras dengan Rangka Kerja Pengukuran Prestasi (PMF) Bank Negara Malaysia.

“Pada masa ini, kami sedang menjalankan kaji selidik mengenai isu materialiti dengan pihak berkepentingan terpilih termasuk pelanggan, kementerian berkaitan, agensi, pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti tempatan, dewan perniagaan, persatuan, vendor dan pelabur.

“Hasil kaji selidik akan membolehkan bank mengenal pasti isu penting untuk pihak berkepentingan kami dan dari situ, bank akan merumuskan strategi bersesuaian untuk mencapai matlamat kemampanan selaras SDG Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu,” katanya.

Antara aktiviti-aktiviti ESG yang telah diadakan ialah Kempen Derma Darah di mana sebanyak 56 beg darah telah berjaya didermakan oleh staf bank dan orang awam di Menara SME Bank pada 17 Jun 2022.

SME Bank dan Kelab Sukan dan Rekreasi SME Bank juga telah kolaborasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan menanam 1,300 batang pokok paya bakau Hutan Simpan Balik Pulau pada 25 Jun 2022. 

Dianjurkan sempena Green Future Ride 2022 SME Bank dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, program menanam pokok tersebut telah disertai oleh 179 staf. 

Itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif SME Bank dalam menyokong kempen Kerajaan untuk menanam 100 juta batang pokok menjelang 2025.

Untuk terbitan Sukuk Kelestarian, SME Bank merupakan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) pertama menerbitkan Sukuk ini dan telah diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya