Sijil Pematuhan Syariah Angkasa diseleweng

Sijil Pematuhan Syariah Angkasa diseleweng

ABDUL Fattah Abdullah (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Koperasi Pekerja-pekerja Kumpulan Sokongan Melaka Berhad di Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mendakwa Sijil Pematuhan Syariah yang dikeluarkannya kerap disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai, terutama dalam bidang pelaburan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 30 aduan dan laporan rasmi berhubung penyalahgunaan sijil berkenaan.

Menurutnya, kegiatan tersebut terus meningkat setiap tahun, lantas memaksa Angkasa meminta kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap individu atau syarikat terlibat.

“Saya minta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak percaya jika ada individu atau syarikat yang kononnya ingin mempelawa untuk membuat pelaburan.

“Angkasa mengeluarkan Sijil Pematuhan Syariah hanya dalam kalangan koperasi-koperasi yang menjadi ahli dari seluruh negara dan mereka boleh buat imbasan kod QR pada sijil itu bagi memastikan ketulenan,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Angkasa Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit Angkasa (ACCRS).

Tiga koperasi yang memeterai MoA tersebut adalah Koperasi Pekerja-pekerja Kumpulan Sokongan Melaka Berhad, Koperasi Majlis Perbandaran Melaka Berhad dan Koperasi Perubatan dan Kesihatan Melaka Berhad.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, setakat ini sebanyak 252 daripada 610 koperasi seluruh negara telah mendapat Sijil Pematuhan Syariah sejak 2013.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 70 peratus adalah majoriti ahli-ahlinya adalah beragama Islam.

“Sebanyak 70 koperasi telah menyertai dan melanggan Sistem Tawarruq Angkasa bagi tahun 2021 hingga 2022,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN