Serpihan roket China lintas ruang udara Malaysia - Utusan Malaysia

Serpihan roket China lintas ruang udara Malaysia

ROKET milik China yang dilancarkan pada Ahad lalu dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Serpihan roket Long March 5B milik China dikesan melintasi ruang udara Malaysia di beberapa kawasan termasuk sekitar Sarawak, hari ini.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, perkara itu hasil pemantauan secara berterusan melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta kenyataan Agensi Angkasa China yang mendapati kemasukan semula serpihan roket berkenaan ke ruang udara Bumi dikesan pada pukul 12.55 tengah malam tadi waktu Malaysia.

“Serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak.

“Sisa serpihan yang terbakar berkenaan direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latitud 9.1° Utara dan longitud 119.0° Timur,” jelas kenyataan itu hari ini.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, serpihan itu adalah sebahagian daripada roket milik China yang dilancarkan pada Ahad lalu dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China.

Roket pengangkut seberat 23 tan metrik itu adalah sebahagian daripada apa yang dikatakan pengkritik sebagai siri kemalangan tidak terkawal yang menonjolkan risiko perlumbaan angkasa lepas China yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat (AS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya