Serah memorandum tolak SOSMA di Parlimen Isnin ini  - Utusan Malaysia

Serah memorandum tolak SOSMA di Parlimen Isnin ini 

PERHIMPUNAN yang diadakan oleh segelintir rakyat untuk membanteras kenaikan harga bahan makanan di Pusat Membeli Belah Sogo, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/WAN REDZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak cukup dengan perhimpunan tunjuk perasaan membanteras kenaikan harga barang di Pusat Membeli Belah Sogo hari ini, ia diteruskan lagi dengan serahan memorandum bagi menolak pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pukul 10 pagi di hadapan Parlimen, Isnin ini.

Ia susulan hasrat kerajaan yang mahu membentangkannya buat kali kedua selepas Dewan Rakyat baru-baru ini meluluskan usul bagi membatalkan keputusan yang dibuat pada mesyuarat Parlimen, Mac lalu yang menolak lanjutan penguatkuasaannya bagi membolehkan tempoh tahanan 28 hari dikekalkan untuk lima tahun lagi bermula 31 Julai ini.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu hantaran berserta poster di Facebook berkata, dengan kempen tanda pagar #TOLAK, gerakan itu mengutuk sekeras-kerasnya pelanjutan subseksyen berkenaan dan mengajak orang ramai datang ke penyerahan memorandum itu seperti yang dijadualkan.

Dalam hantaran berasingan hari ini, Suaram memaparkan tiga jenis jenis poster himpunan #TURUN yang telah berlangsung hari ini, serahan memorandum berkaitan SOSMA pada Isnin dan serahan memorandum jaminan sekuriti makanan pukul 11 pagi di Parlimen pada 26 Julai ini.

Tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA dihadkan kepada lima tahun sahaja bagi mewujudkan elemen semak dan imbang dalam penguatkuasaannya, bagaimanapun, ia boleh disemak dan dilanjutkan jika mendapat kelulusan Parlimen.

Pun begitu, Peraturan Mesyuarat 36 (3) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menjelaskan: “Adalah salah pada peraturan mesyuarat jika dicuba menimbangkan semula perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat dalam penggal Majlis yang ada sekarang, kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri bagi membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat berkenaan dengan perkara itu.”

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa menggulung perbahasan di Parlimen dilaporkan akan mengemukakan semula usul lanjutan penguatkuasaan subseksyen 4(5) akta sama supaya tempoh tahanan 28 hari dikekalkan selama lima tahun lagi mulai hujung bulan ini.

Pada 23 Mac lalu, beliau membentangkan usul lanjutan itu buat kali pertama, namun gagal mendapatkan sokongan ahli Dewan Rakyat kerana 86 ahli Parlimen tidak bersetuju berbanding 85 yang bersetuju manakala 49 ahli Parlimen tidak hadir.

Pembangkang berpendapat SOSMA akan disalah guna pihak tertentu jika pengekalan tempoh tahanan selama 28 hari ketika proses tahanan tidak melibatkan mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya