Selektif bukan sebab diva tapi... - Eira Syazira - Utusan Malaysia

Selektif bukan sebab diva tapi… – Eira Syazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Drama Langit yang ditayangkan beberapa ketika lalu seolah membuka mata peminat terhadap bakat yang dimiliki pelakon, Eira Syazira. Sehingga ada yang tertanya, mengapa dia ‘sorok’ bakat yang ada?

Namun dalam pada yang memuji, ada juga yang mempersoal, adakah Eira hanya terima sesebuah naskhah jika pelakon lelakinya adalah suami sendiri, Pak Azad? Benarkah dia tidak mahu digandingkan dengan pelakon lain?

Malah ada juga yang beranggapan Eira terlalu selektif dalam memilih karya lakonan sehingga sukar melihat dia beraksi di layar kaca?

Jawablah! mendapatkan penjelasan Eira.

Ramai yang memuji lakonan Eira dalam Langit. Tapi ada yang cakap, kenapa selama ini Eira tanam dalam bakat itu? Ramai juga yang terkejut Eira boleh membawakan watak-watak berat?
Sebenarnya kalau diingat semula, watak-watak berat itulah makanan saya dahulu. Sampai ada yang gelar saya ratu air mata. Asal muka Eira Syazira, mesti main emosi.

Cuma bila saya sudah lama tidak berlakon watak sebegitu, mungkin ada yang sudah lupa atau generasi baharu tidak tahu. Saya rindu juga hendak bawa watak berat macam itu.

Sudah lama juga Eira tidak membawa watak penuh emosi begitu, adakah Eira menunggu naskhah yang baik atau terlalu sibuk dengan perniagaan?
Dua-dua betul. Saya memang bersikap selektif terutama bila hendak comeback dalam industri seni lakonan. Saya tak mahu bila buat comeback, orang cakap ‘lah, itu sahaja ke?’

Selektif bukan bermaksud saya diva atau demand. Tetapi sudah dua dekad dalam industri seni, saya perlu letakkan kriteria tertentu bila memilih sesebuah naskhah.

Kriteria macam mana itu?
Skripnya, siapa pengarah dan pelakon bersama. Saya tak mahu tangkap muat dan asal boleh. Bukan hendak mengada-ngada, tetapi 20 tahun dalam industri seni, saya sudah explore pelbagai watak. Saya mahukan yang berbeza.

Tapi bila Eira bersikap begitu, ada yang kata bila ada suami, Pak Azad baru Eira akan berlakon? Betul ke?
Tak juga. Memang saya lebih selesa kalau ada suami di sisi tetapi sebenarnya, Pak Azad sangat menyokong saya jika tahu pelakon lelaki dalam sesebuah drama itu seorang yang hebat.

Dia yang akan cakap, terima tawaran itu sebab sparring best! Tetapi macam Langit, kebetulan permintaan stesen TV sendiri untuk kami bergandingan.

Dulu sebelum PKP, Eira memang sibuk mempromosikan kerjaya seni di Indonesia. Di fasa endemik sekarang, adakah Eira akan kembali ke sana?
Ya, memang ada perancangan untuk mengeluarkan sebuah single duet baharu bersama sebuah band yang popular. Tapi masih rahsialah. Saya baru dapat lagu dan sedang menjalani kelas vokal.

Dalam perancangan, Ogos depan saya akan ke sana untuk sesi rakaman dan kalau semuanya berjalan lancar, saya juga akan terlibat dalam siri jelajah ke lokasi terpilih di Indonesia.

Eira dan Pak Azad memang kelakar terutama di media sosial. Ada sahaja video yang mengundang gelak tawa. Ramai yang tanya, pasangan ini tak teringin ke buat content sweet, romantis?
Bukan tak buat. Dulu kami selalu buat video romantis, sweet-sweet. Tetapi engagement menurun. Peminat lebih suka melihat kami jadi diri sendiri.

Ada manisnya juga tetapi mungkin, orang lebih suka video lawak. Sampai ada yang cakap, dia tengah murung pun boleh bergelak sakan bila tengok video kami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya