Selangor bantu rakyat dapatkan khidmat guaman percuma

Selangor bantu rakyat dapatkan khidmat guaman percuma

MAJLIS penyerahan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membiayai program khidmat guaman secara percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor di Petaling Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor mewujudkan kerjasama dengan pertubuhan yang menawarkan khidmat guaman bagi melaksanakan program dana bantuan guaman Selangor bagi membantu rakyat negeri itu mendapatkan khidmat guaman secara percuma.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil kerjasama kerajaan negeri dengan Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Selangor akan membantu rakyat negeri berkenaan  mendapatkan khidmat guaman percuma.

Menurut beliau, usaha tersebut bagi memastikan rakyat Selangor yang tidak berkemampuan mendapatkan khidmat guaman bertujuan memelihara hak dan kebajikan rakyat di negeri tersebut.

“Dengan kerjasama ini, kita akan beri bantuan dan sokongan kepada rakyat negeri Selangor yang memerlukan perkhidmatan serta bantuan guaman secara percuma. Ia juga sebahagianya dibiayai oleh kerajaan negeri bagi mereka yang tidak berkemampuan.

“Kita dapati banyak masyarakat miskin bandar di Selangor sebahagiannya mungkin terdedah kepada kegiatan di luar batas undang-undang. Mereka boleh dapatkan bantuan di Selangor Bar untuk nasihat undang-undang,” katanya semasa sidang media pada program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi program dana bantuan Guaman Selangor penyerahan peruntukan sebanyak RM1 juta 2022  di sini hari ini.

Antara isu boleh dibantu dari aspek guaman adalah keganasan domestik dan kehilangan pekerjaan kepada rakyat Selangor dalam kategori golongan berpendapatan rendah iaitu B40 yang kurang berkemampuan.

Permohonan yang berkelayakan akan menerima perkhidmatan guaman secara pemberian subsidi bagi kos guaman tersebut dan satu taklimat khas akan diadakan kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat Negeri Selangor dalam masa terdekat bagi promosikan bantuan ini kepada rakyat yang memerlukan. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya