Sejam 850 peket minyak masak subsidi licin terjual - Utusan Malaysia

Sejam 850 peket minyak masak subsidi licin terjual

ORANG ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak peket pada Program Advokasi Gerakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bersama Komuniti Luar Bandar, Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok, Tanah Merah hari ini./ FOTO : ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH:  Sebanyak 850 peket minyak masak bersubsidi licin dijual dalam sejam semasa Program Advokasi Gerakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bersama Komuniti Luar Bandar, Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok di sini hari ini. 

Orang ramai mula berkumpul seawal pukul 10 pagi untuk membeli minyak masak yang dijual  RM2.50 sepeket.

Seorang pembeli, Wati Ahmad, 44 berkata, dia sanggup datang dari Kampung Air Merbo yang perjalanannya mengambil masa lebih sejam untuki ke Kampung Jedok untuk membeli minyak masak. 

“Saya bukan orang senang. Ketika ini, bukan mudah untuk membeli minyak masak peket.

“Melalui program ini, saya berkesempatan membeli empat peket minyak pada harga RM10 dan bolehlah disimpan untuk stok dua minggu,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Advokasi Gerakan Siswa UMK Bersama Komuniti Luar Bandar, Kariah Masjid Mukim Kampung Jedok di sini hari ini.

Seorang penoreh getah,  Wan Noriah Wan Ahmad, 59, berkata, dia bersama suami menunggang motosikal ke kawasan berkenaan untuk membeli lapan peket minyak masak.

“Usaha kami yang mula beratur seawal pukul 9.45 pagi tidak sia-sia apabila dapat juga membeli lapan peket minyak masak.

“Dengan bekalan minyak masak ini, dapatlah saya simpan stok sebulan bagi menampung kehidupan kami tujuh beranak,” ujarnya.

Dianggarkan seramai 1,000 pengunjung menghadiri program inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Jeli dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya