Saya takut dituduh - Saksi

Saya takut dituduh – Saksi

ABDUL HANNAAN KHAIRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang saksi pendakwaan berhubung kes penyelewengan wang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini  bahawa dia bersetuju memberi keterangan terhadap tertuduh kerana takut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwanya di mahkamah bagi kes lain. 

Saksi pendakwaan ke-11, Abdul Hannaan Khairy, 29, berkata, dia tidak mengingati berapa kali telah dipanggil hadir memberi keterangan ke pejabat SPRM berhubung kes itu namun, jelasnya, dia sudah beberapa kali hadir berbuat demikian. 

Justeru, keadaan tersebut mendorong Exco Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (Armada) itu supaya rela menjadi saksi dan memberi keterangan dalam perbicaraan Syed Saddiq supaya dia tidak didakwa untuk kes-kes lain. 

“Ya,” katanya semasa disoal balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq hari ini. 

Sebelum itu, Abdul Hannaan menafikan yang dia sanggup memberi keterangan supaya tidak didakwa untuk kes lain, namun, Gobind sekali lagi merayu supaya saksi berlaku jujur dalam keterangannya.

“Tidak,” katanya ringkas. 

Hannaan kemudian meminta izin kepada Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid untuk pergi ke tandas, namun, diarahkan untuk menjawab soalan Gobind dahulu. Dia kemudian berkata: “Ya.”

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap dana sayap parti dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu. 

Syed Saddiq juga didakwa atas tuduhan penyalahgunaan wang sumbangan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Pada 5 Ogos lalu, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Syed Saddiq menghadapi dua lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM100,000 yang dikatakan hasil wang haram dengan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya