Roti sekaya dapur kayu guna resepi turun temurun

Roti sekaya dapur kayu guna resepi turun temurun

MAZIAH Abd. Rahman menunjukkan roti sekaya yang dibakar secara tradisional di rumahnya di Kampung Bukit Gemuruh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Roti sekaya dapur kayu yang diusahakan seorang peniaga, Maziah Abd. Rahman mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan di bandar Kuala Berang, di sini.

Maziah, 33, menghasilkan roti sekaya yang dibakar secara tradisional dengan mengekalkan resepi turun-temurun milik keluarganya sejak tiga dekad lalu.

Katanya, perniagaan tersebut diwarisi daripada ibunya, Fatimah Salleh, 70, dengan kualiti dan keenakan yang sama.

Katanya, dia menghasilkan roti sekaya tersebut secara manual termasuk menguli tepung dan sekaya menggunakan tangan sebelum membakarnya dengan kayu api serta sabut kelapa.

“Saya membakar roti kaya itu dengan menggunakan tin minyak masak sebagai pengganti ketuhar,” katanya ketika ditemui di Kampung Gemuruh, Kuala Berang di sini, semalam.

Maziah memberitahu, dia menerima tempahan antara 1,500 hingga 2,000 biji roti pada setiap hari dan dijual pada harga RM8 untuk satu bekas mengandungi 10 biji roti.

“Pada masa ini, roti yang dijual itu mempunyai tiga perasa iaitu sekaya, kacang dan kelapa,” ujarnya.

Sementara itu, Fatimah berkata, dia terharu dengan kejayaan anaknya mengusahakan perniagaan yang menjadi sumber pendapatan keluarga, sebelum ini.

“Dahulu saya membesarkan anak dengan hasil menjual roti sekaya ini dan sekarang tidak menyangka, ia kembali menjadi punca pendapatan keluarga selepas anak saya meneruskan perniagaan ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya